Sunday, September 6, 2009

::don't trust anyone::

Di dalam hidup yang penuh mencabar ini, kita jangan mudah percaya kepada orang lebih-lebih lagi jika orang itu baru kita kenali.

Hati manusia tidak sama. Bak kata orang rambut sama hitam hati lain-lain.

tp sekarang pun rambut dh tak banyak sama.

Bermacam-macam warna rambut kita dapat lihat.

Jika zaman dahulu kita biasanya nampak rambut hitam sahaja.

Cuma bila umur dah meningkat tua yang hitam akan bertukar menjadi putih.

Kalau ada rambut perang, mat saleh kata orang.

Jadi sedangkan rambut yang warna hitam pun mudah di tukar warna ini kan pula hati manusia.

Justeru itu usahlah kita mudah percaya bulat-bulat. Bukan saja kepada mereka yang baru kita kenali malah mereka yang telah lama kita kenali pun kadang-kadang akan mengambil kesempatan ke atas kita.

*manusia zaman sekarang selalu bermuka2. depan2 baik. tp belakang kita x sapa tau. jadi, nasihat saya, jangan mudah percaya orang. walaupun orang tu sangat baik dgn kita. mungkin ada udang di sebalik batu*

0 comments:

Post a Comment